Perasan tak tarikh hari ini? Double match, 20072007.
Cantik kan nampaknya bila digandingkan.. Jatuhnya pula di hari Jumaat dan di bulan Rejab yang mulia ini. Agaknya ada yang berkahwin/bernikah hari ni untuk mengabadikan tarikh ini yang hanya muncul sekali seumur hidup.
Sebenarnya Kak Meen pun hanya perasan melalui sms yg dihantarkan oleh seseorang. Semenjak dua menjak ni kekadang bukannya perasan sangat tentang tarikh ni. Apa yang pasti, rasanya terlalu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik... siang malam silih berganti tau2 dah muncul tahun baru.
Kalau masa kekecik dulu rasanya jenuh nak menunggu (lebih2 lagi di bulan puasa), dari pagi nak menyampai ke malam macam-macam benda boleh buat. Tapi sekarang ni..... hah, rasa macam tak cukup masa pulak. Buatnya entah apa2, pulak tu duduk di rumah aje. Hisy, time management tak terurus langsung nampaknya. Nak kena buat jadual ni mcm bebudak sekolah.
Okeylah tak nak merapu panjang2, nak mulakan time management
Selamat berhujung minggu buat semua & ceria2 selalu...