Monday, August 06, 2007
TAYAR KANCIL, TAYAR LORI....SINGLE STOREY, DOUBLE STOREY

Pagi itu selesai aje sesi mengeluarkan peluh, masing-masing kalut melambakkan makanan ke atas tikar.  Jamuan makan2   ni kira last minit jugak sebab malam tadi baru dapat sms cakap suruh bawa sesuatu, kira macam pot luck gitu.  Jamuan kecil2an aje.

Masing-masing sudah bersila di atas tikar menghadap  maneka jenis kuih.  Wah, mmg meriah... Tongueada roti gulung sardin, pulut panggang, seri muka, kuih bakar (2 jenis warna kuning & hijau), kuih cara berlauk, talam jagung, keropok goreng, sandwic telur & tuna (Kak Meen yg bawa) dan dua tiga jenis kuih lagi yg Kak Meen tak tau namanya. Buah2an pula pisang & epal.

Membulat bijik mata Puan K  yang berusia lebih setengah abad itu tetapi badannya tetap maintain (tu yg jeles tu)  melihatkan makanan yg terhidang. Shocked "Makanan ringan mcm buah2an lebih sesuai dimakan selepas exercise.  Kalau berat mcm ni tunggulah kurang2nya sejam lepas exercise.  Kata tak nak ada tayar spare...."  

Uihh... secara otomatik tangan  Kak Meen singgah kat perut.    Alahai... spare tyre  bukan tahap tayar kancil lagi tapi dah nak jadi tayar lori pun.  Pulak tu dari single storey dah naik jadi double storey.  Agaknya tak lama lagi jadilah kondominium lak... 

Isk...isk..isk.. tak ada maknanya . penat terkinja-kinja tadi.    Patutlah selama ni  tak turun2, lagi naik adalah.  Silap teknik rupanya.  Ke silap tekak yg sgt mementingkan selera, makan ikut suka?  Ah, lantaklah... takkan nak membazir pulak kan?  Wink. Aduhai.. bilalah nak insaf ni...     

 

 


Posted at 08:54 am by meen_zulaikha

haslin
April 21, 2008   05:44 AM PDT
 
suka sangat dengan warna hati. Ingat bole baca sikit-sikit, sambung nanti-nanti, tapi takleh letak, nak baca sampai ending gak. Wah hebat betul penangannya!
Meen Zulaikha
August 9, 2007   03:07 AM PDT
 
Alah abg long.. mersik tu dari spesis lain, tak sama dgn kami kaum wanita ni. Sebelum dpt ultimatum shape up or ship out (hehe.. tak mustahilkan ada somi yg begitu) kenalah buat apa yg patut...
Abang Long
August 7, 2007   07:19 AM PDT
 
Aduahai Meen ... rasanya dalam bab ni, Pokcik Mersik adalah insan yang paling layak membicarakannya .... ah, tak gitu ...hik hik hik
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

   

<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31