SELAMAT HARI JADI FIRA..... Semoga panjang umur, murah rezeki & hidup diberkati selalu.
Hari ini Fira (anak bongsu Kak Meen) sambut ulang tahun kelahirannya. Kebetulan pula dia sambut hari lahirnya dengan Republik Singapura. Dolu2 masa kami tinggal di JB dia selalu eksyen cakap Singapore cuti sebab besday dia. Kes perasanlah tu.... Si kakaknya pula yang dilahirkan pada 4hb Julai sambut hari lahirnya dengan negara Amerika Syarikat. Huh, tak patriotik langsung kan? Hehehe... nak buat camner dah ALLAH tentukan begitu.
Diam tak diam dah 14 tahun umur anak bongsu Kak Meen tu. Tahap umur tengah rebellious (memberontak). Bak kata orang, tahap umur remaja yang tengah nak cari identiti. Yalah, pertukaran dari alam kanak-kanak memasuki usia remaja dan kian meningkat dewasa. Sapa2 yang ada anak-anak remaja ni tentu faham apa yang Kak Meen maksudkan.
Budak2 sekarang ni bukan macam bebudak zaman dolu2, orang tua jeling aje dah menikus. Sedangkan angkat rotan pun kekadang dia tak heran, inikan pulak sekadar jelingan. Jelinglah sampai naik juling mata, dia orang buat tak reti aje tapi kalau kena grounded atau denda tak boleh keluar jumpa kengkawan ke, main basikal ke, tgk TV atau dengar discman.... hah, tu jam baru mereka kelam kabut.
Sebelum melalut panjang Kak Meen nak wish Fira & sesiapa jua yang sambut hari lahir hari ini "Selamat Hari Jadi".....