Wednesday, May 23, 2007
BERTUAHNYA BADAN..

Sambil lepak2 kat dewan serbaguna tu kami sembang2.  Macam2 cerita keluar dari satu topik ke topik yg lain.  Terpandangkan seorang kenalan yang baru melangkah masuk ke dewan terus Kak Meen menyapa.  Tersenyum meleret dia kala Kak Meen puji cakap dia nampak makin langsing.  Sebelum ni pun mmg dah perasan tapi tak ada kesempatan nak cerita panjang.

Penuh semangat dia bercerita  pasal bab nak kuruskan badan & kecantikan.  Baginya kos langsung tiada halangan walaupun dia hanyalah seorang surirumah sepenuh masa.  Sebut aje apa nak kalau menyangkut ttg menguruskan badan & kecantikan, suaminya tidak akan teragak2 mengeluarkan wang atau dia tenyeh aje kad plastik tu sesuka hati.  Hai bertuahnya badan.. manakan tidak si suami siap berjanji kalau dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga 55kg (berat asal 70kg dan dah  susut 5kg) sebuah kereta idaman sedia menanti.. Ternganga mulut  kami mendengar imbuhan yg dijanjikan si suami.  Patutlah member bersungguh2.. tak cukup dengan aerobic 3 kali seminggu tambah pula buat water aerobic, pas tu makan ubat kuruskan badan  dan entah apa2 lagi..

Apa pun Kak Meen tabik kat suami dia yg sgt memberikan galakan.  Inilah contoh suami mithali... Bukan mcm sesetengah suami tu, bila badan isteri berisi sikit dan kedut2 manja mula menampakkan diri,  dia mulalah jeling2 main mata cari yg  lain.  Mmg tak sedar diri betul sdgkan dirinya sendiri pun dah dimamah usia.  Tahan abiskan duit ngorat pompuan lain walhal apa salahnya melabur sikit antar isteri ke pusat rawatan kecantikan utk mencantikkan diri & menguruskan badan.. Akhirnya rumahtangga sendiri berantakan sdgkan pompuan muda lagi tegang yg dikejarnya tu hanya mengejarkan poket tebalnya aje... 


Posted at 07:44 am by meen_zulaikha
Comments (13)  

Sunday, May 20, 2007
SYIOOKKNYA MAKAN...

Kelmarin di petang Jumaat yang penuh keberkatan, Kak Meen sekeluarga bertolak ke Johor Bahru.  Kami tiba di sana kala matahari hampir terbenam.  Nampak sungguh  indah pemandangan di Pantai Lido sewaktu kami melewatinya.  Smile

Teringat nak makan nasi briyani Cafela (favorit Kak Meen sampaikan tauke Cafela tu dah cam muka), kami singgah di deretan gerai sementara yang didirikan tidak jauh dari situ.  Gerai lama yang berderetan di tepi laut tu dah lama hangus terbakar.  Dengar ceritanya ada orang buat khianat dan bakar deretan gerai tu tapi entahlah.. agaknya kena panggil CSI datang siasat kut..Surprise

Kak Meen tapau aje nasi briyani ayam (best taww sbb dia bungkus letak daun pisang) dan ais batu kacang  (abc ni pun favorit jugak  tapi cuma suka yg dijual di situ) dari  gerai yang di hujung sekali tu.  Rasanya inilah abc yang paling syiookk.. tapi kalau di KL ni Kak Meen paling suka makan cendol di medan selera TESCO, Puchong.  Best taww.. siap boleh request mintak kurangkan gula melaka.   Almaklumlah, sejak usia makin bertambah ni takut juga nak makan yg manis2 sangat tu..

Semalam, pagi2 lagi Kak Meen mengintai ke gerai berhampiran pula.  Dalam kepala main osom.. nak makan nasi dagang atau nasi kerabu..Tongue  Akhirnya nasi kerabu yang menang.. memang sedap nasi kerabu masakan akak yg berasal dari Kelantan tu.. walaupun cuma nasi putih dan bukannya berwarna biru tapi bagi Kak Meen itulah nasi kerabu yg paling best.. Simple aje sebenarnya.. dia cuma bubuh daun2 ulam yg telah dihiris termasuklah kacang panjang, kerisik (kelapa goreng), telur masin, ikan selar kuning goreng, serta sedikit sambal belacan.  Tapi yang special tu kuah dia.. entah apa bahannya tak sempat nak tanya sebab orang ramai sgt dok kerumun kat gerai tu..

Tak berapa lama selepas bersarapan kami terus bertolak balik ke KL.  Kali ini tak sempat nak jamah mee rebus Hj. Wahid yg famous tu.  Tapi kalau teringin sangat boleh aje pergi ke Sg. Wang.  Di situ pun ada gerai jual mee rebus  yang sedap cuma tak rajin nak ke situ sebab kawasan tu sentiasa sibuk dgn kenderaan yg bertali-arus.

Sejak tinggal di KL ni, sekali-sekala turun JB mesti buat sesi jalan2 cari makan.  Banyak lagi makanan kegemaran Kak Meen seperti tahu bakar, rojak celup (rojak ASMA), otak2 Gelang Patah + nasi lemak bungkus daun pisang, dll tapi terpaksa ditangguhkan di lain hari.  Mana sempat nak jamah semua sebab balik ke sana pun hanya semalaman saja.     Agak tergesa-gesa kerana ada urusan lain menanti di KL.

Hari minggu ni Kak Meen melepak2 aje di rumah melurus2kan badan yang penat terhenjut2 hampir 8 jam di dalam kereta. 

Okeylah buat semua, selamat berhujung minggu... menu apa hari ni?

Posted at 01:05 am by meen_zulaikha
Comments (11)  

Tuesday, May 15, 2007
EYE ON MALAYSIA

Masa pesta buku hari tu Fira sudah ternampak kaunter menjual tiket Eye on Malaysia.  Ada diskaun lagi... tergoda jugak Kak Meen, lebih2 lagi mengenangkan kata2 si gadis manis yg menjual tiket tu yang  tiket ni laku hingga hujung tahun dan boleh pergi bila2 masa aje & tak perlulah beratur panjang utk mendapatkannya di Taman Tasik Titiwangsa.  Terus aje Kak Meen sambar & simpan dalam beg tangan.

Setelah hampir 2 minggu berlalu & si Fira pun asyik merengek akhirnya  malam kelmarin kami ke sana.   Walaupun bukan malam minggu namun  Q agak panjang di kaunter tiket.  Untunglah kami hanya perlu beratur untuk menaiki gondola.  Tidak sampai 10 minit kami telah pun berada di perut gondola.  Sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam mata turut dijamukan dengan persembahan laser yang bermula dari pukul 9.00 malam.  Entah berapa kali kami turun naik berpusing tak dapat pula dipastikan tapi rasanya lebih dari 15 minit kami berada di dalam gondola itu.  Sempat jugalah bergambar berlatar belakangkan Twin Towers tapi malangnya tak dapat nak post gambar lagi kat blog ni.. dah cukup kuota kut...

Gerimis tiba2 mengundang sewaktu kami melangkah keluar dari gondola.  Apa lagi masing2 bertempiaran berlari2 anak mencari tempat perlindungan.  Cuaca yg awalnya kelihatan amat baik tiba2 berubah... hujan turun dgn tidak semena2 tapi mujurlah hanya seketika.  Sempatlah si Fira menghabiskan ais krim roti... lapar punya pasal  walaupun hujan,  tak menang tangan pak cik jual ais krim tu melayan para pelanggan.  Dah itu aje makanan yang ada dijual di bawah kanopi  tempat kami berteduh tu.  Agaknya macam kami juga, masing2 bercadang makan malam sesudah menaiki Eye on Msia.

Okeylah, kepada sesiapa yg teringin menaiki Eye on Msia, jangan bertangguh lagi kerana khabarnya ferris wheel itu akan hanya berada di situ sehingga hujung tahun ini.



Posted at 03:03 am by meen_zulaikha
Comments (3)  

Saturday, May 12, 2007
SELAMAT HARI IBU

Tangan Kak Meen yang sedang menyisir rambut terhenti seketika kala Nana, anak sulung Kak Meen menghulurkan sesuatu. Surprise Terharu bercampur gembira Smile Kak Meen menyambut pemberiannya.  Walaupun tidak seberapa namun yang paling penting ingatannya.  Leka mata seketika menatap aksesori handphone yang comel itu.  Cute sesangat.. seekor teddy bear putih memegang sekeping hati berwarna pink.  Teddy bear tu pulak  terbuai-buai tergantung di banner yang ada tertera perkataan LOVE.  Mesejnya jelas... yes, I love you too Nana.. & Fira.. Si adik agak kesal kerana kakak telah mendahului sedangkan dia baru bercadang mencari sesuatu esok.  Pesan Kak Meen pada anak-anak, hadiah yang paling istimewa dan tak ternilai bagi Kak Meen ialah kejayaan mereka....semoga mereka berjaya dalam pelajaran & hidup...AMIN

Seketika kemudian lantas Kak Meen capai telefon.  Ketawa riang emak Kak Meen di hujung sana dengar 'sumbangsih' anaknya menyanyikan lagu Ibu, engkaulah ratu hati ku...  Sengaja ingin menduga, Kak Meen tanyakan emak yang berusia 80 thn (kadang2 dia nyanyuk sikit) sama ada dia tahu kenapa tiba-tiba kak Meen menyanyikan lagu itu...Rupa-rupanya dia tahu tentang hari ibu sebab selalu nonton TV.  Kak Meen lah yang ketinggalan sebab tak perasan sehinggalah diingatkan oleh Nana.

SELAMAT HARI IBU... Kak Meen ucapkan khas buat semua ibu-ibu, semoga anda berbahagia selalu.

Sampai jumpa lagi dan selamat berhujung minggu untuk anda semua...




Posted at 06:48 am by meen_zulaikha
Comments (2)  

Thursday, May 03, 2007
PENGORBANAN DEMI KASIH YG SUCI..

Hai... Salam Jumaat buat semua...

Esok (Sabtu 5/5/07) & lusa (Ahad 6/5/07) insya-ALLAH Kak Meen akan bertugas lagi di booth Alaf 21 bersama rakan2 novelis yang lain.  Biasanya Kak Meen akan berada di sana dari jam 10.30pagi - 5.30ptg.

Sudah dua hujung minggu Kak Meen korbankan masa bersama-sama keluarga, begitu juga masa cuti Hari Buruh & Hari Wesak yg lalu.  Semua ini Kak Meen lakukan semata-mata kerana mu, Kasih Yang Suci.... cewahh... macam dramalah pulak!  Mujurlah keluarga memahami dan memberi sokongan padu... pandai2 merekalah membeli barangan dapur sementara Kak Meen ber'kampung' di PWTC.  Ehem... bunyinya macam sibuk benar walhal yang jelas nampak bertungkus-lumus staf Alaf 21 & Karangkraf!  Sajalah suka buat gempak...  Sebetulnya Kak Meen memang liat sikit ke supermarket bila dah lewat petang.

Apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada Alaf 21 & semua kakitangan yang bertungkus-lumus mempromosi & menjayakan Pesta Buku kali ini.  Terima kasih juga kerana sudi menjemput saya memeriahkannya.

Kepada Alyze & Gang dari Spore serta rakan2 siber yang lain dan para pembaca serta ehem... peminat *sambil tersipu2 malu* Kak Meen nantikan kunjungan anda.  Jgnlah malu2 & segan, singgahlah ke meja Kak Meen.  Kedatangan anda dialu2kan 

Terima kasih banyak kepada  Nieys, Hezi, Fadly (rakan bengkel Alaf21), Kak Noor, Fad, Infa serta ramai lagi.. (maaf jika nama tak disebut tapi ketahuilah sesungguhnya anda istimewa, cuma saya yg 'falufa') kerana sudi singgah di meja Kak Meen.

Jangan lupa ya... esok & lusa adalah hari2 terakhir Pesta Buku 2007.  Kak Meen sarankan datanglah awal pagi demi mengelakkan kesesakan.  Bukan saja sesak di jalanraya dan tempat parkir bahkan di dewan Tun Hussein Onn yang serba indah & luas itu pun akan penuh sesak menjelang tengah hari.  

Jumpa nanti ya di sana...

 


Posted at 07:14 pm by meen_zulaikha
Comments (4)  

Sunday, April 29, 2007
PESTA BUKU 2007 (PWTC)

Hari ini adalah hari kedua Kak Meen menghadiri pesta buku.  Memang nampak meriah.  Dewan yang luas & terhias indah itu adakalanya begitu sesak dengan orang ramai membuatkan kakitangan Alaf 21 tidak menang tangan.  Maklumlah hari ini hari minggu.  Pastilah ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli bahan bacaan kegemaran masing2.  Tidak ketinggalan juga yang ingin bertemu dan beramah mesra dengan para novelis seperti Anis Ayuni, Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Aleya Aneesa, Lily Suryani, Damya Hana,  Liza Zahira, Rose Harissa, Lynn Dayana dan  Umi Azrini. Kak Meen tempekkan di bawah gambar yg sempat dirakamkan sejurus sebelum pulang.  Hanya sebahagian novelis yg tinggal manakala yg lain telah pulang meninggalkan dewan.

Kak Meen sempat juga beramah mesra berkenal2an dgn Abang Long, Mersik & Rosha dari Alaf21 FC.  Juga mereka2 yg selama ini hanya Kak Meen kenali  di alam siber.  Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa untuk memeriahkan Pesta Buku.

Insya-ALLAH Kak Meen akan berada di sana lagi pada 1 & 2 serta 5& 6 Mei 2007.  Datanglah beramai-ramai ke Dewan Tun Ismail, PWTC bagi memeriahkan lagi Pesta Buku kali ini. 

Berdiri dari kiri: Lynn Dayana, Fira (anak Kak Meen). Kak Meen, Anis Ayuni

Duduk dari kiri: Rose Harissa, Umi Azrini, Norzailina Nordin & Saadiah (editor)


Posted at 06:43 am by meen_zulaikha
Comments (9)  

Tuesday, April 24, 2007
KENANGAN LUCU...

Teringat pulak kisah masa kami tinggal sekejap di Cinere, Jakarta Selatan berbelas tahun dulu.  Tempat kediaman yg disediakan agak mewah juga; sebuah banglo dua tingkat yg terletak di kawasan perumahan elit.  Ada satpam (sekuriti guard) yg berkawal sepanjang masa di kawasan perumahan itu.  Tidak jauh dari situ kawasan perkampungan penduduk miskin.  Ketara perbezaan taraf hidup mereka yg kdgkala membuatkan hati kita tersentuh.

Rumah yg kami diami dijaga oleh sepasang suami isteri muda yg mempunyai seorg anak kecil.  Mereka tinggal di sebuah bilik kecil yg dipisahkan oleh garaj, jadi privacy tuan rumah langsung tidak terganggu.  Rumah ini serba lengkap kecuali mesin basuh baju, jadi terpaksalah kami mengupah Tuty (si isteri) membasuh baju.  Rasa tak selesa pulak Kak Meen nak memberus baju di dalam tab mandi.  Tapi yg jenis 'adik2' (meminjam kata2 Anis Ayuni dlm Bayangan Rindu) Kak Meen cuci sendiri laa...

Satu hari tu setelah dua tiga hari tinggal di situ, si Tuty dtg mendptkan Kak Meen.

"Maaf Nyonya... apa itu.. erm..handok*nya mau di cuci?"

Kak Meen terkebil2 seketika cuba mencerna kata2nya tapi anak Kak Meen, Nana sudah tergelak-gelak. Big Smile Gelaran nyonya itu menggeletek hatinya. Pastilah dia membayangkan nyonya2 yg menjual sayur & ikan di pasar yg selalu Kak Meen kunjungi itu agaknya.

"Apa tu? Kain buruk?  Kain buruk yg mana?" soal Kak Meen dlm kebingungan campur bengang. AngryEh, buruk benar ke pakaian kami?  Yalah mentang2lah majikan dia kaya raya... tinggal di villa besar, bisnes sana sini, dan punya hotel besar lagi ternama.  Rumah ini hanyalah persinggahan mereka jika sekali sekala dtg bercuti.

"Nggak.. maksud saya, handok*..  Alah itu kain handok*..." ulangnya lagi sambil berlagak menunjukkan beberapa aksi.

Laa... tuala mandi rupanya!  

Baru seminggu di situ datang pula dua org lelaki mewakili tuan rumah.

"Mbak, (kakak) kami disuruh ngambil kasur  di kamar tidur..."

"Haa? Kasut?  Kasut sapa?" soal Kak Meen terpinga-pinga.  "Mana ada kasut dlm bilik tidur.."

"Nggak tau.. tapi udah dibilangin ngambil kasur di kamar tidur.." tekan lelaki itu.

"Ada, nyonya.. di kamar tidur nyonya," celah Tuty mengisyaratkan meminta izin masuk ke bilik tidur.

Kak Meen makin pelik.  Yakin memang tidak ada kasut di situ tapi turutkan sajalah.  Akhirnya... laa.. tergelak2 tengok mereka memanjat tangga ke loteng lalu mengusung turun sebuah  tilam.  Loghat mereka yg pekat tambah menyukarkan kita memahami bahasa mereka.

Tengah hari, sewaktu hendak memasak baru perasan  yg  Kak Meen keputusan lobak merah lalu menyuruh Tuty membelinya dari penjual sayur & ikan yg sering lalu di hadapan rumah  menggunakan kereta sorong.  Kebiasaannya kami membeli barangan dapur seminggu sekali di Pasaraya Hero. Kali ini dia pula yg terkulat-kulat bila Kak Meen suruh beli 2 btg karot. Aikk.. bila cakap lobak merah pun dia tak tau..

"Alah, yg warna oren tu... karot... lobak merah.." ulang Kak Meen hampir putus asa. "Haa... yg kelinchi* suka makan tu.." Spontan kedua2 belah tangan  sudah naik di kepala menggayakan telinga arnab. Mujur pula   teringat  mereka memanggil arnab, kelinchi.  Perkataan yg dikutip  sewaktu menonton  TV, ingat sgt  sebab Nana terguling-guling gelak masa tu.

"Ohh... wortel*.. sahut Tuty tersenyum2.  Dlm hati mesti tergelak2 agaknya.

Kak Meen pun senyum tapi ragu2 sewaktu melihat Tuty bergegas keluar rumah menyongsong si penjual sayur & ikan. Melebar senyuman melihat Tuty kembali dengan karot a.k.a. lobak merah di tangan.

Di hari yg lain pula tiba2 teringat  sgt nak makan gulai lemak.  Naik lenguh tangan sebab terpaksa parut sendiri kelapa.  Itu pun pinjam pemarut Tuty.  Di kedai berdekatan, kelapa dijual sebiji2, yg dah siap parut hanya dijual di pasaraya.   Serik, bila pergi pasaraya borong byk2, perah siap2 dan simpan dlm kulkas* (peti sejuk).

Teringat hendak makan laksa penang, Kak Meen tunjukkan buku resepi pada Tuty.  Lebih senang begitu, malas hendak buang air liur terangkan bunga kantan.

"Ohh.. itu kembang..  Nggak ada dijual di sini.  Mungkin di Hero.." 

Hmm... Kak Meen jilat jari takut kempunan sebab kena tunggu hujung minggu.

Susah2 sgt kerana masalah bahasa, satu hari tu, Kak Meen menyongsong sendiri si penjual sayur.  Beberapa org pembantu rumah yg sedang mengerumuninya segera mengenepi memberi laluan.  Mereka tersenyum2 sambil berbisik2  sesama sendiri.  Manakan tidak, biasanya hanya pembantu rumah yg keluar membeli, mem-mem cuma mengarah.  Tapi hari itu ada pula 'mem' turun padang.

Beberapa perkataan lagi yg Kak Meen ingat ialah jahe (halia), ketan (pulut), adpokat (avocado) dan cumi (sotong).  Yang agak menghairankan  ialah mereka tidak menjual cabe (cili) kering maka terpaksalah dipesan kalau ada sesiapa yg ke Msia atau S'pura.

Panjang pulak celoteh kali ini, hingga ketemu lagi..

Salam ceria,   

*ejaan tidak pasti.

 

 

 

 

 

 


Posted at 02:01 am by meen_zulaikha
Comments (2)  

Thursday, April 12, 2007
RUPANYA BELUM PULIH BETUL...

Salam buat semua...

Pagi ni kak Meen terjaga sejam lebih awal.  Puas balikkan tubuh tapi tetap tak mau lena semula.  Terkebil2 mata layan perasaan.  Perasaan takut & berdebar2.  Pagi ni sebenarnya Kak Meen dijadualkan menjalani pembedahan kecil.  Walaupun bukan untuk pertama kali tapi rasa takut tu tetap ada.  Sebenarnya Kak Meen dah 3 kali terbaring di meja bedah (utk pembedahan yg berbeza2) tapi rasa ngeri tu tetap tak dapat dielakkan.  Rasanya makin bertambah usia, bila sebut hospital ni rasa makin takut pulak... kecut perut dibuatnya...

Awal pagi ni selepas hantar Fira ke sekolah kami terus meredah jalan yg sesak menuju ke pusat perubatan.  Debaran di dada ni tak usah nak cakaplah.. tapi bila jumpa aje pakar bius, dia reject.. rupanya tahap kesihatan Kak Meen masih tidak memuaskan, belum sihat sepenuhnya.. Tarikh baru diberi tapi Kak Meen pulak yg reject sebab masa tu pesta buku.  Akhirnya terus postponed ke hujung bulan depan, insya-ALLAH.  Hemm... ada sebulan lagi utk melayan perasaan takut & ngeri tu...

Okeylah,  cukup sampai di sini dulu... Selamat berhujung minggu & ceria2 selalu di samping orang tersayang..


Posted at 09:22 pm by meen_zulaikha
Comments (2)  

Thursday, April 05, 2007
BILA DEMAM SELSEMA...

Salam buat semua,

Dah masuk tiga hari Kak Meen demam.  Bila kena demam selsema ni rasanya serba tak kena.  Aduhai... sakit & bisa rasanya seluruh tubuh badan.  Masa kecik2 dulu kalau demam selsema masih boleh berlari tapi kini terdampar tak bermaya.  Asyik nak berbaring berbungkus dlm selimut, org lain panas kita sejuk sampai ke tulang hitam.  Akhirnya  dah tak tahan sgt, Kak Meen mengalah pergi gak jumpa doktor semalam.  Bila doktor tengok temperature yg agak tinggi terus dia kasi satu suntikan.  Hari ni, alhamdulillah dah kebah sikit tapi masih penin2 lagi.  Selsema dah kurang tapi tekak masih perit kerana batuk yg berterusan.

Oklah, kepala pun dah mula nak penin balik, Kak Meen nak rehat dulu...

Sampai ketemu lagi...

 

 


Posted at 08:35 pm by meen_zulaikha
Make a comment  

Sunday, April 01, 2007
MAKAN 'BUAH LANGSAT' DI STESEN LRT

Pagi ni bangun aje tido Kak Meen dengar bunyi  menderu2.  Lain macam aje bunyinya.  Agak berbeza dari  bunyi lori jiran depan umah tu yg menderum-deram memekak setiap pagi.  Sambil genyeh mata, Kak Meen selak langsir.. sah, mmg tgh hujan. Hujan rahmat di pagi hari, lebat lak tu!

Meredah ujan kami ke Summit di USJ, nak ambik cermin mata yg dah siap.  Tukar sebelah lens yg retak.  Brunch di Shakey's Pizza aje. Bolehlah wlaupun lebih sukakan Pizza Hut tapi layanan first class almaklumlah first customer. Smile  Dah tak ada org lain lagi mrk nak layan...

Ari ni tetiba teringat nak ke KLCC. Rasanya dah berkurun tak  ke sana. Tergoda jugak dgn iklan grand sale  yg dicanangkan.  Hujan pun dah berhenti, mentari bersinar kembali.  Konfiden aje kami naik LRT dari Sri Petaling kekononnya nak elak trafik jam tapi peh.. rupanya kena  tukar lak naik Putra LRT. Ceh, mcm mana lak blh terkonfius, Angryrupanya dulu naik LRT dari Asia Jaya terus direct ke KLCC.  Aduhai...  mujurlah renyai2 jek waktu kena tukar LRT tu, rasa nyesal pulak tak naik kereta.  Pas tu buat penat kaki aje jalan sana sini.. kat stesen LRT pun blh mkn 'buah langsat'! Hurmph Nasib... nasib... Haa... korang gelaklah... inilah akibatnya tak nengok signboard, main jln ikut sedap kaki.. Nmpk sgtkan mmg tak biasa naik LRT.. 

Akhirnya sampai jugaklah kami di KLCC.  Nama aje grand sale tapi Kak Meen rasa tak grand pun... mahal gak!  Dah tu yg dia tawarkan hrg murah brg2 yg tak best, biasalah kan nak jual stok lama.  Ada kasut yg kita berkenan tapi saiz pulak tak ada,Sad  yg tinggal saiz yg t'sgtlah comel sdgkan kita kaki mcm Flintstones.  Akhirnya tak satu pun yg Kak Meen beli.  Nak ubatkan hati, Kak Meen belilah coklat... hmm baru puas ati. Big Smile  Isy,isy, isy... nmpknya esok kenalah pusing keliling padang tu lebih2 sikit.

Sampai jumpa lagi...


Posted at 04:22 am by meen_zulaikha
Make a comment  

Previous Page Next Page

   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31