Sunday, August 19, 2007
RUMAH BARU

Salam ceria buat semua.

Untuk pengetahuan semua, Kak Meen dah ada rumah baru alamatnya   http://meen-zulaikha.blogspot.com .  Sudi-sudikanlah jengah rumah baru  Kak Meen tu. Sebenarnya dah lama construct tapi tak siap2, sampai la ni pun tak lengkap lagi (maklumlah tak berape celik IT) tapi sebab nak post gambar terpaksalah juga gunakan.  Dulu ada Rose tolong createkan, cantik sangat tapi ntah apa tangan gatai ni dah tekan abis hilang semuanya (jangan marah arr... Rose. terima kasih daun keladi, kalau sudi buatkanlah lagi, hehehe)  Yang tinggal hanyalah tag board tu sebagai kenangan.

Okeylah semua, rajin-rajinkanlah tangan tu klik alamat kat atas tu ya....


Posted at 08:48 pm by meen_zulaikha
Make a comment  

Thursday, August 09, 2007
HAPPY BIRTHDAY FIRA....

SELAMAT HARI JADI FIRA..... Semoga panjang umur, murah rezeki & hidup diberkati selalu. 

Hari ini  Fira (anak bongsu Kak Meen) sambut ulang tahun kelahirannya.  Kebetulan pula dia sambut hari lahirnya dengan Republik Singapura.  Dolu2 masa kami tinggal di JB dia selalu eksyen cakap Singapore cuti sebab besday dia.  Kes perasanlah tu....  Si kakaknya pula yang dilahirkan pada 4hb Julai  sambut hari lahirnya dengan negara Amerika Syarikat.  Huh, tak patriotik langsung kan?  Hehehe... nak buat camner dah ALLAH tentukan begitu. 

Diam tak diam dah 14 tahun umur anak bongsu Kak Meen tu.  Tahap umur tengah rebellious (memberontak).  Bak kata orang, tahap umur remaja yang tengah nak cari identiti.  Yalah, pertukaran dari alam kanak-kanak memasuki usia remaja dan kian meningkat dewasa. Sapa2 yang ada anak-anak remaja ni tentu faham apa yang Kak Meen maksudkan. 

Budak2 sekarang ni bukan macam bebudak zaman dolu2, orang tua jeling aje dah menikus.  Sedangkan angkat rotan pun kekadang dia tak heran, inikan pulak sekadar jelingan.  Jelinglah sampai naik juling mata, dia orang buat tak reti aje tapi kalau kena grounded atau denda tak boleh keluar jumpa kengkawan ke, main basikal ke, tgk TV atau dengar discman.... hah, tu jam baru mereka kelam kabut.

Sebelum melalut panjang Kak Meen nak wish Fira & sesiapa jua yang sambut hari lahir hari ini  "Selamat Hari Jadi".....


Posted at 03:22 am by meen_zulaikha
Comments (4)  

Monday, August 06, 2007
TAYAR KANCIL, TAYAR LORI....SINGLE STOREY, DOUBLE STOREY

Pagi itu selesai aje sesi mengeluarkan peluh, masing-masing kalut melambakkan makanan ke atas tikar.  Jamuan makan2   ni kira last minit jugak sebab malam tadi baru dapat sms cakap suruh bawa sesuatu, kira macam pot luck gitu.  Jamuan kecil2an aje.

Masing-masing sudah bersila di atas tikar menghadap  maneka jenis kuih.  Wah, mmg meriah... Tongueada roti gulung sardin, pulut panggang, seri muka, kuih bakar (2 jenis warna kuning & hijau), kuih cara berlauk, talam jagung, keropok goreng, sandwic telur & tuna (Kak Meen yg bawa) dan dua tiga jenis kuih lagi yg Kak Meen tak tau namanya. Buah2an pula pisang & epal.

Membulat bijik mata Puan K  yang berusia lebih setengah abad itu tetapi badannya tetap maintain (tu yg jeles tu)  melihatkan makanan yg terhidang. Shocked "Makanan ringan mcm buah2an lebih sesuai dimakan selepas exercise.  Kalau berat mcm ni tunggulah kurang2nya sejam lepas exercise.  Kata tak nak ada tayar spare...."  

Uihh... secara otomatik tangan  Kak Meen singgah kat perut.    Alahai... spare tyre  bukan tahap tayar kancil lagi tapi dah nak jadi tayar lori pun.  Pulak tu dari single storey dah naik jadi double storey.  Agaknya tak lama lagi jadilah kondominium lak... 

Isk...isk..isk.. tak ada maknanya . penat terkinja-kinja tadi.    Patutlah selama ni  tak turun2, lagi naik adalah.  Silap teknik rupanya.  Ke silap tekak yg sgt mementingkan selera, makan ikut suka?  Ah, lantaklah... takkan nak membazir pulak kan?  Wink. Aduhai.. bilalah nak insaf ni...     

 

 


Posted at 08:54 am by meen_zulaikha
Comments (3)  

Thursday, July 19, 2007
20072007

Perasan tak tarikh hari ini?  Double match, 20072007.Surprise  Cantik kan nampaknya bila digandingkan..    Jatuhnya pula di hari Jumaat dan di bulan Rejab yang mulia ini.  Agaknya ada yang berkahwin/bernikah hari ni untuk mengabadikan tarikh ini yang hanya muncul sekali seumur hidup.

Sebenarnya Kak Meen pun hanya perasan melalui sms yg dihantarkan oleh seseorang.  Semenjak dua menjak ni kekadang bukannya perasan sangat tentang tarikh ni.  Apa yang pasti, rasanya terlalu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik... siang malam silih berganti tau2 dah muncul tahun baru. 

Kalau masa kekecik dulu rasanya jenuh nak menunggu (lebih2 lagi di bulan puasa), dari pagi nak menyampai ke malam macam-macam benda boleh buat.  Tapi  sekarang ni..... hah, rasa macam tak cukup masa pulak.  Buatnya entah apa2, pulak tu duduk di rumah aje.  Hisy, time management tak terurus langsung nampaknya.  Nak kena buat jadual ni mcm bebudak sekolah.Big Smile

Okeylah tak nak merapu panjang2, nak mulakan time management Wink 

Selamat berhujung minggu buat semua & ceria2 selalu...

 

 

 


Posted at 10:35 pm by meen_zulaikha
Comments (2)  

Saturday, July 14, 2007
KELAKAR GILER...

Tengok tak Layaria Astro Ria malam tadi?  Keh..keh..keh... Senak perut Kak Meen ketawa layan cerita  Zarul vs Zarina.  Mula2 tu Kak Meen buat tak tau aje tapi bila dengar anak2 dok ketawa sakan, hati pun menggelitik nak tau.  Terus tinggalkan dapur duduk lepak depan TV, ingatkan jengah sekejap aje namun akhirnya terus sangkut.

Tapi sayang, cerita dah separuh jalan (atau tiga suku jln kut?).  Tak berapa tau sebenarnya  mengisahkan tentang apa cuma yg sempat Kak Meen tonton mereka berada di hotel kekononnya untuk pengambaran drama/filem?   Dan si Zarul yang dah jadi Zarina ni merupakan salah seorang pelakonnya berbaik dgn si heroin dlm drama yg bakal dilakonkannya tu.  Niat sebenarnya  hendak tackle si heroin.  Kak Meen geli hati nengok gelagat 'makhluk dua alam' si Zarul yang terpaksa bertukar sekejap jadi Zarina sekejap lagi jadi Zarul.  Cantik  pulak tu bila dia jadi Zarina dan... seksi hinggakan beberapa orang lelaki terpedaya.  Watak lelaki miang yg dah beristeri dua yg dibawakan oleh  Shukeri Hashim (eh, betul ke nama dia?) pun kelakar jugak walaupun realitinya Kak Meen teramatlah  menyampah watak lelaki sebegini.

Melalui sentuhan seorg jurusolek, mmg Zarul(kalau tak silap pelakon ni suami Nur Diana si penyanyi tu)  kelihatan cantik setelah  disolekkan jadi Zarina.   Lakonannya bersahaja dan menghiburkan.

Okeylah, sampai jumpa lagi & selamat berhujung minggu...  

 


Posted at 03:31 am by meen_zulaikha
Make a comment  

Saturday, July 07, 2007
TERAMATLAH LEGA...

Kelmarin Kak Meen ikut Nana, anak sulung Kak Meen ke uni.  Dia ada hal yg perlu dibereskan  sebelum kami ke destinasi seterusnya.   Tak kuasa meredah panas terik (Kak Meen ni bukanlah puteri lilin tapi bimbang  bakal menambahkan jeragat di muka yg kian di mamah usia ni yg sensitip benar sejak akhir2 ni, huhu... ni semua gara2 lapisan ozon dah semakin tipislah tu agaknya)  Kak  Meen duduklah menunggu sekejap di dalam kereta.Shades

Berderau-derau darah Kak Meen tetiba tengok beberapa orang lelaki berlari-larian di parking lot tu. Shocked Ada yg bawak kayu, ada yg bawak tali dan bawak kamera pun ada jugak.   Terhendap2  & terintai-intai, lepas satu kereta ke satu kereta membuatkan Kak Meen tertanya2... pulak tu ada di antara lelaki2 tu yg berkopiah.  Hisy, takkan kes khalwat di siang buta kut?  Di tempat parking kereta pulak tu!  Apa ke hal nya ni?   Mereka kian hampir.  Panjang leher Kak Meen terjengah-jengah mengalahkan leher zirafah.  Suspen benar tengok mereka terhendap2 menengok di bawah kereta selang tiga buah dari kereta Kak Meen.  Alahai, apa ke bodohnya nak sembunyi bawah kereta... kau tak akan terlepas punya, kata hati kecil Kak Meen.  Busybodylah jugak nak tengok rupa manusia yg buat kerja tak senonoh tu, hehehe...(acah aje tu)

Tetiba....Surprise sesuatu berdesup  lari ke arah semak berhampiran diikuti oleh lelaki2 itu yg turut berlarian mengejar.  Cis.. kejar biawak rupanya!  Seorang lelaki Cina (yg bawak tali tulah), dgn air muka kecewa melontarkan beberapa ketul batu ke arah semak2 itu (frus agaknya tak dpt nak menggulai biawak, heheheBig Smile).  Lelaki berkopiah tersenyum puas hati membelek2 kameranya (entah2 1st time dpt tgk & rakamkan gambar biawak dari dekat kut?Wink)  Lelaki yg bawak kayu & beberapa org lagi ketawa sakanBig Smile (gelihati agaknya sebab mereka ramai tapi seekor biawak kudut/kecil pun tak dpt mereka kalahkan).    Isk... isk... Kak Meen mcm nak cakap dgn mereka, meh lah pergi Pulau Tioman, biawak kat sana besar2 & gemuk2 belaka... kita pulak yg naik takut tgk mereka yg dah mcm anak buaya...

Nana hanya muncul sebaik sahaja  adegan kejar-mengejar tu tamat.  Terhibur jugaklah Kak Meen yg tengah boring ni menengokkan acara selingan tu tadi.  Lepas tu tanpa berlengah Nana terus ke Taman Tun Dr. Ismail, destinasi utama kami pagi itu sebelum Kak Meen menukar fikiran balik.  Dah beberapa bulan (eh, tahun kut?) Kak Meen menangguhkan pemergian ke tempat sebegitu hinggalah akhirnya dah tak ada alasan lagi.  Tambahan pula rasanya tahap kesakitan tu dah makin meningkat hingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Berdebar2 dada Kak Meen ternampakkan signboard Klinik Pergigian tapi dipaksakan juga kaki melangkah.   Punyalah takut, sampai doktor perempuan tu ketawa bila tengok kaki Kak Meen kejang semacam  masa duduk berbaring di kerusi sewaktu di periksa.  Heran jugak kan, masa kecik2 dulu zaman sekolah rendah, cukup suka kalau nama dipanggil utk buat rawatan gigi.  Kami akan naik van klinik pergigian kerajaan ke klinik gigi berhampiran.  Seronok bukan main dapat makan angin dan tak payah nak belajar.  Tapi bila tahap sensitif gigi meningkat seiring dgn usia (dolu2 kuat mkn asam/jeruk), Kak Meen mcm phobia pulak dgn doktor gigi.  Lebih2 lagi pengalaman buat root canal, crowning, terpaksa buat pembedahan utk mencabut gigi geraham bongsu sampai berhari2 pipi bengkak membuatkan Kak Meen semacam serik.  Tampal gigi ni tak usah cakaplah, rasanya hampir penuh satu mulut dgn segala mcm bentuk tampalan.  Sekarang ni kalau dengar aje bunyi doktor drill gigi org lain, Kak Meen pulak yg terasa ngilunya.

Setelah puas dibelek satu persatu gigi Kak Meen (siap ada skrin TV besar lagi.  Agaknya kalau ada sisa makanan lekat di celah gigi mesti nampak.  Tapi mujurlah Kak Meen dah berus gigi siap2 sebelum tu kalau tidak... eiii..malunya...) lega teramat apabila disahkan tiada gigi yg berlubang.  Syukur alhamdulillah, selamat... Kak Meen dah membayangkan rasa ngilu yg teramat bila kena drill nanti tapi mujurlah masalahnya cuma receeding gum dan rawatannya pun langsung tidak menyakitkan cuma terpaksa menahan sedikit rasa masam akibat cairan yg disemburkan ke tempat yg memerlukan rawatan sebelum sejenis bahan ditempekkan di pangkal gigi.  Cuma sedikit kengiluan dpt dirasakan semasa scaling.

Patutlah Nana beria-ia mengajak ke sana, kiranya memang puas hatilah sebab doktor gigi ni lemah lembut orangnya sesuai sgtlah  untuk org2 yg 'penakut' mcm Kak Meen ni. 

 

 


Posted at 02:34 am by meen_zulaikha
Comments (2)  

Monday, June 11, 2007
RONDA-RONDA KAT TELUK CEMPEDAK..

Awal pagi  Jumaat,  Kak Meen  ke Kuantan.  Rasanya dah lama benar tak ke sana walhalnya bukanlah jauh sgt pun, cuma dua jam setengah aje dah sampai.  Surut rasa  rindu   sebaik sahaja memeluk mak yg jelas nampak gembira.Big Smile  Dia memang sentiasa menunggu2kan kedatangan anak2 & cucu2nya lebih2 lagi time cuti sekolah macam ni.  Syukur alhamdulillah, mak Kak Meen pun nampaknya sihat2 aje.

Sebelah malamnya pula kami ronda2 kat Teluk Cempedak (TC).  Rasanya tak sah ke Kuantan kalau tak ke TC.   Kuantan mmg banyak meninggalkan kenangan manis buat Kak Meen.  Lima tahun dok mkn nasi kawah  di sana sehingga tamat tingkatan 5.

Sesudah makan malam di restoran  (sorry tak ingat nama tapi kat sebelah restoran Cina.  Kak Meen rekomen steam fish Teow Chew style, sedap sgt..Tongue) yg menghadap ke laut tu, kami ronda2 di situ.  Meriah sungguh suasana, mcm kat pasar seni pulak.. Seronok melihat  kegigihan mereka berniaga wlaupun hanya bertemankan lampu jalan.  Ada yg melukis potret, buat  key chain, seni kraf pasir dlm botol dan menjual cenderamata.   

Bila kaki dah lenguh, mata pun melilau mencari bangku kosong di sepanjang pantai.  Best jugak  kalau dpt duduk lepak2 sambil  dengar bunyi ombak.  Hah,  untunglah masih  banyak bangku kosong di sana sini, pikir Kak Meen dlm hati.   Agaknya org ni semua tak tau penat.  Yang tua dan budak2 pun sama, lebih suka berdiri dari duduk.  Tanpa lengah Kak Meen terus menuju ke situ.  Alahai.. patutlah kosong rupanya... Angry Kak Meen yg lenguh2 kaki  ni pun tak larat nak duduk sebelah mereka2 yg tengah berkapel2 sambil 'ringan2' tu.  Isk... isk... tak sesuai langsung ditengok dek Fira, anak dara sunti Kak Meen tu...     Baik balik ajelah...


Posted at 08:51 am by meen_zulaikha
Comments (9)  

Saturday, June 02, 2007
BOLEH KE? BOLEH KE TAK BOLEH...

Selepas pekena cendol (alasannya kecur gara2 Salmah ada menyebut), kami terus ke IOI Mall, Puchong.  Telinga dah tak tahan, bingit... Fira asyik merengek nak ke bowling alley.  Sejak kena 'pulun' dengan kawan2nya minggu lepas (sebenarnya itu 1st time dia main boling) dia bersemangat nak praktis.  Kak Meen pikir apa salahnya... hah, mana tau kut2 boleh jadi mcm Shalin Zulkifli.  Berdedai kami mengiringi calon pelapis...ahaksWink

Cadangnya Kak Meen pun nak cuba tapi pikir banyak kali.. boleh ke? boleh ke tak ni?  Yek eleh, berbaloi ke?  Buatnya tetas bekas jahitan, tak ke haru... Ini baru seminggu, doktor pesan 2 minggu.  Lupakan aje buat sementara tapi tangan tu gatai jugak pergi angkat bola keras tu.. mak aihh.. beratnya.. Surprise(tak tau berapa kilo)  Berdentum bola terlepas dari jemariku, mujur tak hempap kaki.  Bukannya Kak Meen lembik sgt sampai sebiji bola pun tak terangkat, tapi hakikatnya inilah nasib org yg ada penyakit radang sendi.  Mudo2 dulu langsung tak kisah tapi bila dah tak berapa muda ni teringinlah pulak.  Nampaknya kenalah tunggu bila sendi2 tu dah tak 'meradang'.

Tamat sesi di bowling alley, tetiba aje sendi kaki pulak buat hal ternampakkan tanda sales di kedai kasut.  Hehehe... terus sambar sepasang, yg liplap ada taburan labuci lagi..Smile


Posted at 04:21 am by meen_zulaikha
Comments (5)  

Thursday, May 31, 2007
HARI TIDAK MEROKOK SEDUNIA..

KATAKAN TAK NAK!  Wahai para perokok, ucapkanlah selamat tinggal pada rokok demi kesihatan & kehidupan yang lebih baik.

Sempena Hari Tidak Merokok Sedunia ni, harap-harap mereka yang merokok tu insaflah..  Agaknya kalau wang membeli rokok tu dijadikan tabungan, harus boleh beli sebuah kereta ke, rumah ke atau hehehe.. barang kemas untuk isteri tercinta.  Jadi, insaf2lah... jangan lagi membakar wang & memudaratkan kesihatan diri sendiri...


Posted at 07:19 pm by meen_zulaikha
Make a comment  

Saturday, May 26, 2007
TERIMA KASIH FIRA...

Puas menghitung hari akhirnya 25 haribulan Mei muncul jua semalam.  Dalam debaran Kak Meen menunggu giliran untuk dipanggil ke bilik bedah.  Sambil tu jeling2 kat tangan kanan yg masih terasa sakit akibat dicucuk dgn alat untuk memudahkan dimasukkan ubat.  Entah apa ke namanya tak terfikir pulak nak tanya, gugup sangatlah tu.. walhalnya bukannya apa2 cuma pembedahan kecil saja.  Tapi kecut jugaklah perut bila tengok lampu kat bilik bedah tu, mujur tak  ternampakkan pisau ke kapak ke... nasiblah kalau tidak ada yg cabut lari.. 

Hari ini Kak Meen rehat2 aje di rumah, pesan doktor tak boleh buat kerja selama 2 minggu.  Tapi dah namanya orang pompuan, tak banyak sikit ada aje yg nak disentuh & cuit sementelah dah baik sikit.    Syukur alhamdulillah buat masa ni tak ada masalah & harap luka kecil tu cepatlah sembuh.  Ubat penahan sakit pun cuma makan semalam sebelum dibedah.

Kala mandi, Kak Meen sentiasa berhati2 agar plaster tampalan luka pembedahan tidak basah.  Masalahnya bagaimana hendak mencuci rambut sedangkan kepala yang berpeluh di cuaca panas ni cepat aje menimbulkan kegatalan di kulit kepala.  Tidak berupaya melakukannya sendiri Kak Meen meminta bantuan Fira.   Wah, macam  shampoo girl pula Fira hari ini.   Kak Meen disuruhnya duduk di atas kerusi dan jari2 halusnya ligat mensyampu & membilas rambut di sinki.  Mujurlah ada anak gadis sunti Kak Meen tu menolong apa yg patut.  Akibat pembedahan kecil tu tangan kanan Kak Meen tidak boleh berfungsi seperti biasa (utk sementara waktu)  jadi semalam si Firalah yg tolong menyarungkan pakaian & mengikat rambut Kak Meen.  Terima kasih Fira, permata hatiku... Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan mu..

 

 

 

 


Posted at 05:18 am by meen_zulaikha
Comments (24)  

Next Page

   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30