|
Kelmarin Kak Meen ikut Nana, anak sulung Kak Meen ke uni. Dia ada hal yg perlu dibereskan sebelum kami ke destinasi seterusnya. Tak kuasa meredah panas terik (Kak Meen ni bukanlah puteri lilin tapi bimbang bakal menambahkan jeragat di muka yg kian di mamah usia ni yg sensitip benar sejak akhir2 ni, huhu... ni semua gara2 lapisan ozon dah semakin tipislah tu agaknya) Kak Meen duduklah menunggu sekejap di dalam kereta. Berderau-derau darah Kak Meen tetiba tengok beberapa orang lelaki berlari-larian di parking lot tu. Tetiba.... Nana hanya muncul sebaik sahaja adegan kejar-mengejar tu tamat. Terhibur jugaklah Kak Meen yg tengah boring ni menengokkan acara selingan tu tadi. Lepas tu tanpa berlengah Nana terus ke Taman Tun Dr. Ismail, destinasi utama kami pagi itu sebelum Kak Meen menukar fikiran balik. Dah beberapa bulan (eh, tahun kut?) Kak Meen menangguhkan pemergian ke tempat sebegitu hinggalah akhirnya dah tak ada alasan lagi. Tambahan pula rasanya tahap kesakitan tu dah makin meningkat hingga menimbulkan rasa tidak selesa. Berdebar2 dada Kak Meen ternampakkan signboard Klinik Pergigian tapi dipaksakan juga kaki melangkah. Punyalah takut, sampai doktor perempuan tu ketawa bila tengok kaki Kak Meen kejang semacam masa duduk berbaring di kerusi sewaktu di periksa. Heran jugak kan, masa kecik2 dulu zaman sekolah rendah, cukup suka kalau nama dipanggil utk buat rawatan gigi. Kami akan naik van klinik pergigian kerajaan ke klinik gigi berhampiran. Seronok bukan main dapat makan angin dan tak payah nak belajar. Tapi bila tahap sensitif gigi meningkat seiring dgn usia (dolu2 kuat mkn asam/jeruk), Kak Meen mcm phobia pulak dgn doktor gigi. Lebih2 lagi pengalaman buat root canal, crowning, terpaksa buat pembedahan utk mencabut gigi geraham bongsu sampai berhari2 pipi bengkak membuatkan Kak Meen semacam serik. Tampal gigi ni tak usah cakaplah, rasanya hampir penuh satu mulut dgn segala mcm bentuk tampalan. Sekarang ni kalau dengar aje bunyi doktor drill gigi org lain, Kak Meen pulak yg terasa ngilunya. Setelah puas dibelek satu persatu gigi Kak Meen (siap ada skrin TV besar lagi. Agaknya kalau ada sisa makanan lekat di celah gigi mesti nampak. Tapi mujurlah Kak Meen dah berus gigi siap2 sebelum tu kalau tidak... eiii..malunya...) lega teramat apabila disahkan tiada gigi yg berlubang. Syukur alhamdulillah, selamat... Kak Meen dah membayangkan rasa ngilu yg teramat bila kena drill nanti tapi mujurlah masalahnya cuma receeding gum dan rawatannya pun langsung tidak menyakitkan cuma terpaksa menahan sedikit rasa masam akibat cairan yg disemburkan ke tempat yg memerlukan rawatan sebelum sejenis bahan ditempekkan di pangkal gigi. Cuma sedikit kengiluan dpt dirasakan semasa scaling. Patutlah Nana beria-ia mengajak ke sana, kiranya memang puas hatilah sebab doktor gigi ni lemah lembut orangnya sesuai sgtlah untuk org2 yg 'penakut' mcm Kak Meen ni.
|
| Meen Zulaikha July 15, 2007 09:20 PM PDT fad.. dentist yg kak meen jumpa ari tu mmg bagus, kira boleh rekomenlah.. | ||
| fadilahdiyana July 14, 2007 07:01 AM PDT dentist memang bleh wat org mandi peluh...fad pun gi hanya kalu dah xtahan jer...tu pasal gigi x lawa so xbleh la senyum lebih2 sgt...ehehe | ||
| Leave a Comment: |