|
SELAMAT HARI JADI FIRA..... Semoga panjang umur, murah rezeki & hidup diberkati selalu. Hari ini Fira (anak bongsu Kak Meen) sambut ulang tahun kelahirannya. Kebetulan pula dia sambut hari lahirnya dengan Republik Singapura. Dolu2 masa kami tinggal di JB dia selalu eksyen cakap Singapore cuti sebab besday dia. Kes perasanlah tu.... Si kakaknya pula yang dilahirkan pada 4hb Julai sambut hari lahirnya dengan negara Amerika Syarikat. Huh, tak patriotik langsung kan? Hehehe... nak buat camner dah ALLAH tentukan begitu. Diam tak diam dah 14 tahun umur anak bongsu Kak Meen tu. Tahap umur tengah rebellious (memberontak). Bak kata orang, tahap umur remaja yang tengah nak cari identiti. Yalah, pertukaran dari alam kanak-kanak memasuki usia remaja dan kian meningkat dewasa. Sapa2 yang ada anak-anak remaja ni tentu faham apa yang Kak Meen maksudkan. Budak2 sekarang ni bukan macam bebudak zaman dolu2, orang tua jeling aje dah menikus. Sedangkan angkat rotan pun kekadang dia tak heran, inikan pulak sekadar jelingan. Jelinglah sampai naik juling mata, dia orang buat tak reti aje tapi kalau kena grounded atau denda tak boleh keluar jumpa kengkawan ke, main basikal ke, tgk TV atau dengar discman.... hah, tu jam baru mereka kelam kabut. Sebelum melalut panjang Kak Meen nak wish Fira & sesiapa jua yang sambut hari lahir hari ini "Selamat Hari Jadi"..... |
| Meen Zulaikha August 19, 2007 07:31 PM PDT t/kasih mersik. Takat nak ngeteh tu blh aje luangkan masa jap.. | ||
| mersik August 15, 2007 12:00 AM PDT Selamat hari jadi buat anak Kak Meen, Fira tu. Semoga dia panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera dan berjaya hendaknya. Kira dah bley ngeteh2 la nih ek.. kopitiam hu huuuu | ||
| Meen Zulaikha August 9, 2007 10:43 PM PDT T/kasih abg long & selamat menyambut ulang tahun, x kisahlah bila pun tarikhnya.. janji bahagia | ||
| Abang Long August 9, 2007 07:06 AM PDT Selamat Hari Jadi buat anakanda Meen. Tahun ini baru dapat merasa sambutan hari jadi pada hujung minggu. Kalau tidak jatuhnya pada hari bekerja. | ||
| Leave a Comment: |